HALAMAN UTAMA


assalamualaikum


blog ini merupakan satu blog yang menceritakan mengenai dunia pendidikan pemulihan pendidikan rendah

melalui blog ini saya akan memuat naik bahan-bahan berkenaan dunia pemulihan. 

semoga blog ini akan memberi manfaat kepada semua 

 till then xoxo






 assalamualaikum

Sebelum kita mendalami lagi apa itu tentang konsep, matlamat, sejarah perkembangan pemulihan kita akan melihat terlebih dahulu apa itu pemulihan. Terdapat pelbagai definisi telah diutarakan oleh pelbagai tokoh mengenai maksud pemulihan. Bagi AE Tanseley dan R. Culliford telah mendefinisikan pemulihan sebagai kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa

            Bagi M. FClough pula beliau telah mengatakan ‘kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak.’
            Namun begitu, Sharifah Rahman Ali pula berpendapat bahawa ‘kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).’
            Berdasarkan Sharifah Alwiah Alsagoff, (1983 : 371) ’...satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas disekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.’

AlbertWhite (1977) pula berpendapat ‘pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi.’

Manakala Kamarudin Hj. Husin dalam buku KBSR dan model Eksploitasi Bahan Bahasa(1991 : 24) mendefinisikan pemulihan sebagai ’Satu rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran. Dalam usaha membantu murid-murid ini, semua strategi yang melibatkan kaedah-kaedah tertentu, pemilihan bahan-bahan yang sesuai, dan perancangan, aktiviti-aktiviti alternatif yang berkesan, yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi hendaklah difikirkan dengan cermat dan digunakan secara berkesan.’

            W.K.Brennan telah mendefinisikan murid pemulihan sebagai  :Slow learners are regarded as those pupils who are unable to cope with the school work considered normal for their age group whose failure cannot be explained by the presence of any handicapping condition…

Manakala Sharifah Rahman Ali pula mengatakan bahawa kanak-kanak pemulihan ialah ”kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded).”

E. Tamsley de Gulliford mengatakan bahawa kanak-kanak yang lembam ini mempunyai darjah pencapaian kerja sekolah di bawah darjah pencapaian kanak-kanak yang 20% lebih muda daripada mereka. Ini bermakna bagi kanak-kanak yang berumur 10 tahun yang darjah pencapaiannya serupa dengan kanak-kanak 8 tahun boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lembam.



No comments:

Post a Comment